Wednesday, March 4, 2009

Program seni bantu latih minda kanak-kanak

Program seni bantu latih minda kanak-kanak


PULAU PINANG, 15 Feb – Minda kanak-kanak diyakini dapat berkembang dengan lebih baik melalui program-program yang berteraskan kepada kreativiti dan bakat seni.

Pengasas program Uncle Jery’s Nationwide Tour 2009, Yeoh Hooi Seng berkata, seni memainkan peranan penting dalam perkembangan kehidupan seharian kanak-kanak khususnya yang berumur di antara emapt hingga sembilan tahun.

Katanya, kanak-kanak gemar membuat pemerhatian mengenai keadaan yang berlaku di persekitaran mereka dan meluahkan apa yang dilihat dan di alami melalui lukisan.

``Justeru, program ini memang amat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia memberi runag kepada mereka menunjukkan kreativiti masing-masing di samping melatih minda untuk terus berkembang,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran program Uncle Jery’s Nationwide Tour 2009 oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Lim Koon Ong di sini baru-baru ini.

Sementara itu, program julung kali anjuran bersama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dengan kerjasama *CSR Philanthropy-Trans Disciplinary Action Group (CP-TAG) dan ‘Uncle Jery’s Kids’ Programme’ itu adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-40 USM.

Pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan program perkembangan minda dan pembangunan sahsiah kanak-kanak yang bertujuan untuk memberi pendedahan terutamanya kepada ibu bapa dan masyarakat mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak

Menurut pengasas projek ini, Yeoh Hooi Seng, 27, program yang dinamakan “Uncle Jery’s Nationwide Tour 2009’ juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak, terutamanya yang berumur antara empat hingga ke sembilan tahun, untuk melahirkan kreativiti tersendiri disamping dapat membina keyakinan diri dalam usia yang muda.

Kata Hooi Seng lagi, pertandingan mewarna yang menjadi agenda utama dalam program tersebut melibatkan lebih 300 kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah dari sekitar Pulau Pinang.

Selain program melukis dan mewarna yang diadakan pada setiap bulan di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Melaka, aktiviti lain yang dianjurkan adalah seperti mengadakan lawatan dan mengedarkan risalah tentang projek ini ke beberapa sekolah rendah dan tadika yang terpilih ke seluruh Malaysia.


Teks: Mohamad Danial Shahri
Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

Source : healthycampus.usm.my

No comments:

Post a Comment