Wednesday, March 4, 2009

Kesal TV3 siar siri yang merosakkan minda kanak-kanak

Kesal TV3 siar siri yang merosakkan minda kanak-kanak
Sandra Asmit
Mon | Mar 05, 07 | 1:17:55 pm MYT

Assalammualaikum
Saya adalah ibu kepada tiga cahayamata. Kami sekeluarga tidak melanggan ASTRO kerana banyak siaran yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Kami hanya menonton apa yang ada di tv sahaja.

Iklan





Pada hari Khamis, saya ada menonton siri drama Inggeris TV3, 'KYLE XY' yang saya rasa tidak sesuai disiarkan kerana ada babak yang mana si anak perempuan berbincang dengan rakan sekolahnya tentang isu 'virginaty' yang mana beliau hanya akan menyerahkan tubuhnya pada jejaka yang beliau rasa sesuai dengan dirinya. Dan ada babak yang pelakonnya mengambil kondom disiarkan tanpa sebarang tapisan.

Siaran tersebut disiarkan pada waktu 'prime time' yang mana kanak - kanak boleh menonton sesuka hati. Mesej yang cuba dipaparkan dalam siri tersebut sangat tidak sesuai dengan budaya kita, khasnya negara kita yang dipanggil negara 'Islam'. Kerana saya rasa budaya tersebut mengambil langkah 'kalau u nak elak dari mengandung, gunalah kondom' walhal dari sudut agama perkara tersebut adalah haram dari sisi agama islam kerana mereka bukan muhrim.

Saya harap pihak tuan dapat mengambil tindakan atas perkara ini memandangkan isu remaja semakin buruk sekarang.

Sekian, terima kasih. _


Source : Harakahdaily

No comments:

Post a Comment